Apa itu Gastrik
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Bagaimana Gastrik Terjadi
Secara mudah nya, perut kita ni umpama kipas, berlipat2..sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat2, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut utk bantu pencernaan..dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. Asid ni seperti yang kita maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh sebabkan radang yang lebih teruk.
Punca Lain Terjadinya Gastrik
~Peminum arak (arak ni bersifat asid)
~Perokok
~Makan dengan berlebihan
~Makan makanan yang terlalu pedas
~Sering guna ubat penahan sakit (pain killer)
~Jangkitan
~Skipping meals
~Stress
Symptom Pesakit Gastrik
~Tiada selera makan
~Upset Stomach - tidak hadam dengan baik
~Perut memulas - bila makan bertambah sakit
~Muntah-rasa loya
~Cirit birit - najis berwarna hitam
~Lemah, demam
~Kembung perut-sakit dada
~Pedih ulu hati
Cara Merawat dan Menangani Gastrik
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:
~Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
~Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
~Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam).
~Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
~Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
~Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
~Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
~Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
Selain itu, terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari.
Cadangan Supplemen Shaklee untuk Merawat Gastrik
1) Energizing Soy Protein - ESP
ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik.
2) Ostematrix
Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.
3) Peppermint Ginger Plus
Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
ESP
- Mengurangkan keasidan dalam perut disebabkan jus gastrik.
Esp nie bersifat ALKALI bercampur asid perut akan kurangkan
hakisan pada dinding perut
- 20 jenis zat asid amino dalam ESP akan di gunakan untuk membina
sel dan tisu baru bagi dinding perut
2. B-COMPLEX
- Melegakan stress dan kesakitan ( pengidap gastrik selalu bergantung
kepada ubat untuk tahan sakit, semakin anda sakit semakin banyak
dos yang anda perlukan dan jangan anda tak tahu bahawa ubat itu
memberi kesan sampingan kepada anda )
* nak ditekankan produk shaklee bukan ubat tapi vitamin , makan
mengikut sukatan dan gerenti TAKDE KESAN SAMPINGAN ok!
3. PEPPERMINT GINGER PLUS
- Membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair
pencernaan semulajadi .. Kandungan bahan2 seperti halia,herba
asli pudina jintan hitam dan jintan manis memberikan rasa nyaman
dan melegakan ketidakselesaan perut.
4. OSTEMATRIX
- Ostematrix nie kaya dengan kalsium yang bersifat alkali .. Sama
macam ESP , ia kurangkan keasidan perut ( sebab tuu lah kita kena
minum susu untuk kurangkan gastrik .. kalsium dlm susu akn
neutralkan perut )
Sakit Gastrik?. Huhu. Sape yang kena memang tau la rasa sakitnya macamana. Tanda gastrik seperti rasa pedih ulu hati, sakit tulang belakang, migrain, sakit perut, pinggang. Hamboihh!!! Pakej lengkap bila gastrik ni menyerang saya. Kini sakit gastrik terkawal dan migrain dah kurang hanya dengan mengambil B-Complex dan Ostematrix Shaklee sebagai ganti ubat gastrik klinik.
Atas nasihat seorang rakan saya pun cuba B-Complex dan Ostematrix ni untuk pulihkan sakit gastrik saya. Menariknya. Gabungan B-Complex Shaklee dan Ostematrix Shaklee ni juga buatkan migrain dah jarang menyerang. Kira 2 in 1 la. Migrain ni pun satu hal juga. Betul la kata en. hubby kalau sakit kepala, batu pun saya makan.. hehe
Peranan Ostematrix Pada Pesakit Gastrik:
1. Ostematrix adalah supplement kalsium dengan magnesium dan vitamin D
2. Ostematrix membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus
dan menyebabkan pedih ulu hati.
Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sebab tu tak pernah kita lihat bayi dan kanak-kanak yang banyak minum susu tak de sakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat dari ubat kapur hospital yang sintetik tu.
Peranan B complex Shaklee Atasi Gastrik
B complex Shaklee bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. Dengan supplement B-complex jugamelengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
Berlainan sifat dengan pain killer yang hanya BERSIFAT MENGHILANGKAN SEMENTARA RASA SAKIT GASTRIK. Jadi anda tak Perlukan pain killer lagi. Lagipun Pain killer bukan menyembuhkan penyakit malah membuatkan kita terlalu bergantung kepada pain killer dan dosnya juga makin bertambah bila sakit kerap menyerang.
Setakat sekarang saya amalkan B complex Shaklee dan Ostematrix Shaklee, syukur SAKIT gastrik sesekali menyerang kalau saya tak jaga pemakanan, ambil makanan gastrik dan lewatkan makan. huhu. yang best, MIGRAIN DAN SAKIT KEPALA PUN DAH JARANG-JARANG SERANG. Sebelum ni, pantang kurang minum air, siap la aku sakit kepala langsung tak boleh buat apa-apa. huhu
No comments:
Post a Comment